| Pergi Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam tengah laut; Dengarlah ratap Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Dari Acheh pergi ke Madinah, Sehari semalam tengah laut; Nangis adik Siti Fatimah, Dengar suara Nabi Daud. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |