Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi se-nyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar; ~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~, di dlm bagai hem-pedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = air ~ air manis yg terdapat dlm bunga atau dlm sarang lebah; manisan. 2 ki manis serta menarik sekali: senyum ~ senyum yg manis sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
madu (kata nama)
Bersinonim dengan manisan lebah, manisan, nira, sari, nektar, misan.,

Puisi
 

Sayang ke laut memedil burung,
     Madu kelapa di dalam puan;
Tujuh laut sembilan gunung,
     Saya tak lupa denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laut madu berpantaikan sakar (= gula).

Bermaksud :

Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan suka membeli madu, Madu itu berat timbangnya; Jangan suka memberi malu, Malu itu berat hutangnyaKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau sekali membeli madu, Dua kali ditimpa sambang; Kalau sekali memberi malu, Dua kali ditimpa hutang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Layang-layang hutan berduri, Madu kelapa dalam tempayan; Lagi tak hilang Bukit Puteri, Saya tak lupa kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pelita dipasang bulan gerhana, Secangkir madu seri kaya; Mata mentafsir seribu makna, Tangan mengukir seni budaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang ke laut memedil burung, Madu kelapa di dalam puan; Tujuh laut sembilan gunung, Saya tak lupa denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tiga empat menangkap biawak, Minum pagi madu lebah; Jika kering Sungai Sarawak, Janji saya tidak berubah.Pantun Melayu SarawakKasih
Mengapa kumbang menyeri bunga, Kerana lemaknya madu disana; Mengapa orang menjadi singa, Kerana tamaknya memburu harta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hanyut pinang dari hulu, Pinang berisi madu lebah; Bila terkenang zaman dahulu, Rindu sekarang menggigit lidah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cerek bukan sebarang cerek, Cerek berisi air madu; Cantik bukan sebarang cantik, Cantik bini laki cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123

Kembali ke atas