| Sapu bukan sebarang sapu, Sapu dapat menyapu rumah; Mahu bukan sebarang mahu, Mahu bertaubat mengaku salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat bersampan mahu berdayung, Adat membelat mahu berbasah; Adat berkawan mahu menolong, Adat bersahabat mahu bersusah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat berjalan mahu bertanya, Bila malu tentu tersesat; Adat berkawan mahu bersama, Bila tak mahu seteru dekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Maulana Si Maulani, Kucing bubuk makan di pinggan; Mahu di sana mahu di sini, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Apabila mahu ke ladang, Usah lagi membawa talas; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dibalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bila nangka mahu diperam, Carikan tempat yang teduh; Bila muka selalu masam, Kawan dekat akan menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi dibawa mandi; Apabila membantu orang, Usah lagi minta dipuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila sudah mahu ke ladang, Usah lagi menyambal belacan; Apabila sudah membantu orang, Usah dikeji disesal-sesalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |