Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata main-main

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.


Lihat selanjutnya...(64)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan kain sembarang kain, Kain ini kain pelekat; Bukan main sembarang main, Main ini sampai melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin kerja membawa faedah; Bermain bukan sebarang main, Main muda kepalakan pecah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
123456789

Kembali ke atas