Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.kan] | ماکن

Definisi : 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau ke-sihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. me­lukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit; ~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar­siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ ber-adap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pe­ngantin); ~ besar a) jamuan makan beramai­ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan ma­kanan, minuman dsb; b) jamuan makan ber­sama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (fa­edah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (meng­atasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (meng-hisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, ke-nyang) ~ garam mempunyai banyak peng­alaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sen­diri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn me­meras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat; ~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak me­nurut aturan, terbalik; telah habis maka di-makan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya); memakan 1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua; memakani memakan dgn banyaknya, acap­kali memakan: ia asyik ~ buah-buahan yg dibawanya sendiri dr rumah; memakankan 1. mengusahakan (memberi dll) supaya sesuatu dimakan; 2. memakan utk; termakan 1. sudah dimakan (dlm erti kiasan dll): besi itu habis ~ karat; 2. makan dgn tidak sengaja: Ali dirawat di rumah sakit sebab ~ racun; dia ~ a) dia kena racun; b) dia kena guna-guna; 3. ki dapat diterima (akal dll), terpengaruh; perkataan itu ~ olehnya perkataan itu dapat diterimanya; 4. dapat dimakan: ikan yg didapatinya itu terlalu banyak hingga tidak ~ lagi; ~ budi menerima pertolongan (kebaikan dll) drpd orang lain, kebudian; ~ bulan terlewat waktu (tempoh) yg ditetapkan; ~ dlm hati meresap dlm hati; ~ janji tidak menepati janji; ~ oleh akal masuk akal, boleh diterima oleh fikiran; makanan apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; makan-makanan bermacam-macam jenis makanan; kemakanan habis dimakan: jagalah baik-baik pedang itu, supaya tidak ~ karat; pemakanan 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; pemakan 1. orang (binatang dll) yg mema­kan: binatang ini termasuk jenis binatang ~ daging; 2. apa yg digunakan utk jodoh ma­kanan: lauk ~ nasi; kapur ~ sirih; se~ sirih sama lamanya dgn orang makan sirih; 3. orang yg suka makan: Ali memang ~; ~ bawang ki orang yg pemarah; ~ gaji orang yg makan gaji; ~ upah orang yg mengambil upah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.kan] | ماکن

Definisi : 1 = memakan mengunyah sesuatu dan kemudian menelannya; memasukkan sesuatu ke dlm mulut utk ditelan (dihisap, dikulum dll): Ketika saya sampai, dia sedang ~ nasi. ~ sirih; ~ ubat. 2 apa-apa yg diperlukan utk hidup; rezeki: mencari ~. 3 dpt masuk atau dpt melukai (bkn pisau, paku dll); lut: Beberapa kali pun ditikamkannya, tidak juga ~. 4 dpt berfungsi spt yg ditentukan: Brek keretanya tidak ~. ~ angin pergi bersiar-siar utk berehat-rehat dll. ~ angkat suka dipuji atau suka disanjung. ~ darah a. mengambil keuntungan yg terlalu banyak atau berlipat ganda spt menjual dgn harga yg tinggi atau mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman wang. b. rosak hati atau rosak diri kerana sedih. ~ diri merosakkan diri sendiri. ~ duit (wang) a. menerima rasuah. b. menggunakan wang yg diamanahkan utk faedah sendiri. ~ gaji bekerja utk mendapat wang gaji atau upah. ~ garam telah lama hidup dan banyak mempunyai pengalaman. ~ hati terlalu sangat berdukacita atau menderita. ~ pencen hidup dgn menerima pencen. ~ ransum makan beramai-ramai dlm masa yg ditentukan. ~ riba (bunga) mengenakan bunga yg tinggi atas pinjaman yg dikeluarkan. ~ sorong, = ~ suap menerima rasuah. ~ sumpah, = dimakan sumpah ditimpa bencana kerana tidak mematuhi sumpah. ~ tanah a. tersangat miskin. b. jatuh tersungkur ke tanah. ~ tanggung segala makanannya ditanggung oleh orang lain. ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. ~ tuan merosakkan tuannya sendiri (bkn senjata). memakan, = makan 1 memasukkan sesuatu ke dlm mulut serta dikunyah dan ditelan: Orang Islam diharamkan ~ daging babi. 2 menggunakan atau menghabiskan masa (wang, tenaga dll); mengambil: Pembinaan rumah itu telah ~ masa satu tahun. 3 membuat sesuatu menjadi rosak, haus dll: Mata pisaunya habis dimakan karat. termakan 1 dpt dimakan; habis dimakan: Padinya banyak sehingga tidak ~ oleh keluarganya. 2 memakan sesuatu dgn tidak sengaja: ~ racun. 3 ki dpt diterima akal: Kata-katanya itu ~ juga oleh para hadirin. ~ budi telah menerima pertolongan atau kebaikan seseorang. ~ bulan telah melangkaui atau melewati sesuatu tempoh (masa) yg ditentukan. makanan apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. ~ seimbang makanan yg mempunyai segala zat makanan (spt protein, vitamin) yg cukup yg diperlukan oleh badan atau utk kesihatan. pemakanan perihal makan; hal-hal mengenai makanan. pemakan 1 orang atau binatang yg memakan. 2 orang dll yg kuat makan atau yg suka makan: Adiknya yg sihat itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah nanas makan berkupas,
     Makan berkupas dalam perahu;
Tuan panas siapa mengibas,
     Panaslah juak tuan badanmu.


Lihat selanjutnya...(299)
Peribahasa

Anjing biasa makan tahi,
     jika tak makan mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(141)


Pantun

PantunSumberTema
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman orang mabuk kepayang; Makan bukan sebarang makan, Makan kenyang mabuk seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman susah mendapat kerja; Makan bukan sebarang makan, Makan darah rakyat jelata.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kemajuan semua bebas; Makan bukan sebarang makan, Makan menyetan bekerja malas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman sekarang hidup bertuah; Makan bukan sebarang makan, Makan tulang menghisap darah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman beradab berkembang ilmu; Makan bukan sebarang makan, Makan suap orang tak malu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman susah sengsara hidup; Makan bukan sebarang makan, Makan sumpah perut meletup.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman edan gilakan wang; Makan bukan sebarang makan, Makan tangan kena Iempang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini tiada bermalu; Makan bukan sebarang makan, Makan hati kerana dimadu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati berulam jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12345678910...

Kembali ke atas