Anak angsa tepi perahu, Mari dipakai mengkuang duri; Selama ini baru kutahu, Cari makan lepaskan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ambil bakul isi buah, Kasi makan orang di Deli; Sepuluh kali pancing bertuah, Ikan tidak serahkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung serindit terbang melayang, Turun ke tanah makan padi; Kita terselit di kampung orang, Biar pandai membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |