Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hidup dgn tidak membuat apa-apa kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang kelat masak inti,
     Jatuh ke tanah makan semut;
Tidur sekejap masuk mimpi,
     Mimpi bertukar kain selimut.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Air diminum terasa duri,
     nasi dimakan terasa sekam.

Bermaksud :

Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bunga tanjung dari utara, Dikarang bersama bunga kenanga; Bagaimana hati tak gila, Makan tidur rasa tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pelanduk tiga sekawan, Singgah makan buah simpur; Gila mabuk denganmu tuan, Siang tak makan malam tak tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina menjual kesuma, Mari dijual di Pekan Rabu; Makan tak lalu tidur tak lena, Teringat tuan saban waktu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang sekawan, Singgah hinggap di pohon sena; Hati kita sudah tertawan, Makan tak lalu tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ali Hasan anak baginda, Tidur semalam di Kalamati; Duduk makan sedang bercinta, Air mata jatuh ke nasi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah betik di kedai Cina, Betik muda masak layu; Kalaulah tidur abang tak lena, Adiklah makan rasa tak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas