Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa sahaja yg boleh dimakan (spt nasi, roti, dll), rezeki: segala ~ spt sayur-sayuran dan ikan semuanya murah; ~ berzat makanan yg mempunyai zat (vita­min, protein, dll); ~ laut makanan atau hi­dangan yg bahan utamanya ialah hidup­hidupan laut spt ikan, sotong, udang, ketam, kerang-kerangan dsb: restoran ~ laut; ~ ringan makanan yg tidak begitu menge­nyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg di­makan sambil-sambilan; ~ ruji makanan utama sehari-hari (spt beras bagi penduduk Asia); ~ segera makanan yg ringkas dan dapat disediakan dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.nan] | ماکنن

Definisi : apa-apa (spt nasi, buah-buahan) yg boleh dimakan: Barang-barang ~ dpt dibeli dgn murah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cekur manis makanan sotong,
     Sotong mati di Tanjung Karang;
Hamba menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di negeri orang.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.

Bermaksud :

Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Makanan cukup senanglah hati, Di sana tempat orang berhelat; Pedoman hidup hinggalah mati, Dunia akhirat orang selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cekur manis makanan sotong, Sotong mati di Tanjung Karang; Hamba menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di negeri orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nasi sejuk makanan semut, Bunga teratai di dalam paya; Adik sejuk tarik selimut, Sarung bantal bawah kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh beruntung membeli kukus, Makanan dikukus rasanya lazat; Sungguh beruntung berlaki kurus, Badannya kurus mudah diangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat.Pantun Melayu SarawakAgama
Jerat dipasang mencari makan, Makanan cukup senanglah hati; Adat dibilang jadi pedoman, Pedoman hidup hinggalah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas