Kata tua kata tersirat, Tersirat isi dalam maknanya; Hina bangsa menista adat, Adat ke tepi padam akhlaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dibilang kata disebut adat, Di balik adat banyak maknanya; Sebarang kerja mengikut niat, Baik niat nampak faedahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna pahat matanya tajam, Bila dihentak semakin masuk; Berguna adat maknanya dalam, Bila disemak makin seronok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih ini banyak gunanya; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih kami banyak maknanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |