Tanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal terbang berkipas empat, Putuslah terlepas tali kemudi; Habis kutilik dalam makrifat, Di mana tinggalnya si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Si berahi menjunjung talam, Direncong berlipat-lipat; Mati berahi anak Adam, Kena doa pandang makrifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak ayam turun lima, Satu mati tinggal empat; Minta mati dalam agama, Biarlah tulis jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |