Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Banyak malam perkara malam, Malam Jumaat malam mengaji; Banyak dendam perkara dendam, Dendam kesumat mungkir janji. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini malam Jumaat, Pasang dian di pangkal titi; Tepuk bantal panggil semangat, Mahukah kita bersama mati?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas