Diam-diam orang menari, Kerana hari dah larut malam; Malam-malam abang ke mari, Kerana hati dah rindu dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Malam-malam mengirik sagu, Supaya senang esok harinya; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang mahu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Malam-malam menyuluh pelanduk, Pelanduk seekor bertenggek di batu; Laksana ayam kehilangan induk, Begitulah nasib dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Banyak malam perkara malam, Malam Jumaat malam mengaji; Banyak dendam perkara dendam, Dendam kesumat mungkir janji. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kita mengingat, Jangan lupa bunga di pasu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga yang di pasu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Malam ini malam Selasa, Malam besok malam Arbaª; Lepas kamu dari seksa, Di hari kiamat minta doa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Malam ini malam Khamis, Malam besok malam Jumaat; Di hari akhirat tidak menangis, Hendak jumpa Nabi Muhammad. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |