Yang kunyit biarlah kunyit, Malang kunyit lambat berisi; Orang buncit biarlah buncit, Malang buncit tak dapat lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang pancang biarlah pancang, Malang pancang cepat lapuk; Orang panjang biarlah panjang, Malang panjang cepat bongkok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang batu memanglah malang, Tercampak tidak timbul lagi; Orang berkuku bersenang-lenang, Anak-beranak berbagi rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang mempelam buah kuini, Buat gulai dalam kuali; Malang nasib diriku ini, Tidak siapa ambil peduli. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |