Ada malangnya membeli pelita, Hari gelap dinyalakan sumbu; Ada untungnya berbini buta, Laki berkurap dia tak tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya membeli pasu, Bila sumbing disimpan saja; Ada malangnya berbini bisu, Bila merunding tangan meraba. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya membeli kuda, Walaupun baik susah dikenang; Ada malangnya berbini janda, Walaupun cantik sisalah orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya menjadi kembang, Bila harum mencarinya banyak; Ada malangnya bergigi jongang, Bila mencium gigi yang jejak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya memancung betik, Kena getahnya tentu melekat; Ada malangnya berhitung pesek, Kaca matanya perlu diikat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya membeli ternak , Makan ditengok tidur di kandang; Ada malangnya berbini banyak, Badan gemuk tinggallah tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya turun ke bukit, Datang haus tidak berair; Ada malangnya berperut buncit,, Orang kurus banyak menyindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarlah orang memasang rebung, Rebung itu banyak malangnya; Biarlah orang berlagak sombong, Sombong itu banyak malangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |