Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : sj tum­buhan (pokok renek kecil, yg apabila tersen­tuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lu.ma.lu] | مالو٢

Definisi : nampaknya sangat malu: ma-suklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinya-takannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu ber­hadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
malu (adjektif)
Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;,
Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu,

Puisi
 

Begini baju begitu baju,
     Air dipotong sayup sekali;
Begini malu begitu malu,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Malu berani,
     mati takut.

Bermaksud :

Pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(62)

31

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Satu satu membawa nyiur, Supaya berbeban tidak berat; Malu malu hamba menegur, Kerana tuan tak mahu dekat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan suka membeli madu, Madu itu berat timbangnya; Jangan suka memberi malu, Malu itu berat hutangnyaKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Palu bukan sebarang palu, Palu sakti besi berantai; Malu bukan sebarang malu, Malu hati kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Palu bukan sebarang palu, Palu pusaka berpalut emas; Malu bukan sebarang malu, Malu cinta tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Begini baju begitu baju, Air dipotong sayup sekali; Begini malu begitu malu, Baik dilangsung sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Walaupun malu mencari rebung, Tidak berbekal ditebang juga; Walaupun ilmu setinggi gunung, Tidak beramal terbuang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas