Mamat berlari di atas bukit, Atas bukit bunga kenanga; Rahmat Allah bukan sedikit, Dalam pahit ada manisnya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Cik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Encik Mamat memetik lada, Tetak daun di rumah tinggal; Kalau terkena hikmatnya janda, Tujuh tahun sembahyang tinggal. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Purnama kelam menjelang siang, Mamat menebang kayu sebatang; Nama Aceh tetap dijulang, Semangat pejuang Melayu terbilang. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
Gesek biola nama Cik Mamat, Mari digesek Tanjung Jati; Doa saya biar selamat, Ada umur bertemu lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |