Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakah

Puisi
 

Kelip-kelip katakan api,
     Kalau api di manakah dapur;
Kelih Kak Nit rasa nak mati,
     Kalaulah mati di manakah kubur?


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk jalan melompat, Hujan tiba jatuh terlentang; Awak buruk hidup melarat, Manakah ada disapa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk jalan melenggang, Ke mana pergi berkawan-kawan; Awak buruk dagang terbuang, Manakah berani menggapai bulan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk bermain mata Hujan tiba memanjat batang; Awak buruk miskin dan papa, Manakah ada diingat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Kini turun Kuantan, Tengok anak Kandi berdiri; Sungguh saya anak dagang, Di manakah tempat mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Harap-harap makan dijerat, Ubi dimakan kerbau jantung; Harap saya terlampau berat, Di manakah tempat hamba bergantung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Beaufort pergi Jesselton, Tempat injin berlari-lari; Jika terluput permata intan, Di manakah tempat kami mencari?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas