Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia man-gostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mang.gis] | مڠݢيس

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berkulit tebal dan isinya putih lagi manis rasanya), Garcinia mangostana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manggis

Puisi
 

Buah manggis dimakan budak,
     Sayang mempelam buah di hulu;
Jumpa manis makan tak jelak,
     Jumpa yang masam terasa ngilu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Masak durian,
     masak manggis.

Bermaksud :

Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan.Pantun Melayu SarawakNasib
Buah manggis buah pulasan, Asam jawa buah kedondong; Menangis sayang mendengar pesan, Kecewa sayang dada kosong.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pungut manggis pungut mengkudu, Hari Sabtu di Pasar raya; Mulut manis umpama madu, Di situ banyak semut terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang manggis berkematu, Putik kandis jatuh tergolek; Abang menangis di muka pintu, Adik menangis di dalam bilik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pucuk manggis pucuk lada, Pandan berbunga di seberang; Duduk menangis mengurut dada, Badan berdua tinggal seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daripada manggis eloklah mangga, Kerana mangga rasanya enak; Daripada gadis eloklah janda, Kerana janda ilmunya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas