Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangkuk

Puisi
 

Ke bukit membeli mangkuk,
     Mangkuk dibeli buah berangan;
Sukar sulit burung kan masuk,
     Burung biasa makan di tangan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pinggan dengan mangkuk,
     salah sedikit hendak terantuk.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)

546

It takes all sorts to make a world

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan mangkuk sebarang mangkuk, Mangkuk makan bahan tembikar; Bukan bongkok sebarang bongkok Bongkok jantan pantang ditawar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ke bukit membeli mangkuk, Mangkuk dibeli buah berangan; Sukar sulit burung kan masuk, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke darat membeli mangkuk, Mangkuk berisi buah berangan; Racik dan jerat burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir ke pekan membeli mangkuk, Mangkuk pecah dibeli lain; Gunung intan jangan merajuk, Hatiku tidak pada yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pinggan mangkuk berisi bilis, Baru disimpan pecah bertabur; Badan bongkok berbini gadis, Baru sebulanlah masuk kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Beli mangkuk buat kenduri, Panggil lebai serta aji; Masa berkokok sama berlari, Tak boleh bercampur biring bertaji.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Di dalam mangkuk tuang serbat, Bubuh di atas dulang suasa; Beberapa dukun datang mengubat, Mustahil kan hilang penyakit cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas