Bagaimana mencucuk manik, Manik dicucuk di pagi hari; Abang adik silalah naik, Itu air membasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |