Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : , manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasa­nya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.san] | مانيسن

Definisi : 1 benda cair yg manis rasanya yg terdapat pd bunga (sarang lebah dll); madu. 2 benda cair yg lekit serta manis rasanya yg dibuat drpd nira. 3 buah-buahan dll yg direndam dlm air gula; halwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Tanam ubi tanam kembili,
     Mari dicolek santan manisan;
Adik hendak mencari bini,
     Kalau boleh hendak berbesan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Buah peria itu kalau ditanam di atas sakar,
     dibaja dengan madu,
disiram dengan manisan,
     dan diletakkan di atas tebu,
apabila masak pahit juga.

Bermaksud :

Orang yang jahat perangainya, tak dapat diperbaiki lagi, biarpun dihiasai dengan pangkat dan kekayaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun manis rasa manisan, Ubat yang pahit jangan dibuang; Walaupun habis nyawa di badan, Niatku tidak akan bergoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan ke Tanjung Buluh, Beli manisan bulan puasa; Kalau nak tambat biar teguh, Saya nak ambil beradap mata.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas