Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)

356

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia merancang, tuhan menentukan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

"Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(85)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman kini zaman kemajuan, Manusia banyak ilmunya; Dengan laki jangan melawan, Supaya tidak dimadukannya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman ini zaman menyalah, Manusia lupa hidup kan mati; Dengan bini janganlah marah, Supaya mudah bertanak nasi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hujan turun bercurah-curah, Ramai manusia lari berlindung; Hidup saya sebatang karah, Dalam hujan mencari untung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanda tua tahukan diri, Tahu tempat dengan letaknya; Tanda manusia ilmu dicari, Ilmu beradat dengan akhlaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau jerebu melanda Malaysia, Api di Jambi tolong padamkan; Kalau berseteru sesama manusia, Hati dirasuk oleh syaitan.Pantun Melayu SarawakNasihat
123

Kembali ke atas