Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri] | ماري

Definisi : 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk meng­ajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Batang mari kepala pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Aku rindu tiada tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alat-alat senjata perang, Pakaian anak raja Zamhari; Mari adik nyawa abang, Bila masa datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Akob mengayak besi, Mari tuba di Pulau Lalang; Pujuklah dia hingga mati, Main muda alang kepalang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung tekukur terbang melambut, Mari hinggap di pokok ciku; Hendak mati di hujung rambut, Hendak berkubur di hujung kuku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas