Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kain ini kain basah, Bila masa berkain lagi; Main ini main penyudah, Bila masa bermain lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak berkain semalam ini, Bila masa berkain lagi? Hendak bermain semalam ini, Bila masa bermain lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Janganlah asyik membuang masa, Ke mana pergi bersenang-lenang; Jangan adik memandang bangsa, Hamba ini dagang terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sangkar emas buat isteri, Saat indah masa beradu; Mendengar puji tidak terperi, Sengat lebah terasa madu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Papan rumah tuan, Tidak pakai tukang; Tiada masa depan, Hidup lintang pukang. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Sungguh merdu suara seruling, Orang teringat ke masa lalu; Sungguh pemalu betina juling, Memandang tepat ia tak mahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |