Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masak;

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Pantun

PantunSumberTema
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi masak sepenggal, Mari diketam anak Melayu; Buah hati selamat tinggal, Bukanlah kami membuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi masak bersantar, Diberi oleh raja Belanda; Tujuh hari mayat terlantar, Menanti ubat bawaan adinda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah jambu masak ranum, Makan enak bulan puasa; Abang lalu sambil tersenyum, Hendak dikenang tidak berjasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas