| Masaknya buah tampoi rimba, Masak bergolek di dalam petak; Entah bertuah entah celaka, Orang menjadi awak yang tidak | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Buah manggis masaknya hitam, Ketika muda kulitnya hijau; Tuah habis muka pun lebam, Kerana suka membuat kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Limau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah pisang setandan lebat, Masaknya manis bukan kepalang; Sudah kupinang tiada dapat, Hendak menangis malu kan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Buah putat buah lakum, Buah pisang masaknya manis; Tuah adat tuah sekaum, Tuah dipegang tidakkan habis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Anak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |