Terubuk masin enak rasanya, Jadi sebutan para pelancong; Tumbuk rusuk rasuah katanya, Orang berbudi dipandang serong. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Yang masin garam, Yang busuk jering; Yang bermain diam, Yang menengok bising. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak angsa mati lemas, Lemas mari di air masin; Hilang bangsa kerana emas, Hilang budi kerana miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau tuan merendam telur, Jangan terlupa telur yang masin; Kalau tuan sudah masyhur, Jangan lupa keluarga yang miskin. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Itik air baru berkepak, Cari makan dengan ibunya; Kalau tidak garam dicampak, Bolehkah masin kuah sebelanga? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |