Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Yang ke bukit sama mendaki, Bila ke lurah masing-masing; Sedang sulit sama mencari, Sudah mewah tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sang seromba ikan serinding, Anting-anting arus berduri; Angin dan ombak mematah beting, Masing-masing membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |