Masjid Abdulrahman indah berseri, Pulau Aman Pantai Maimi; Masjid Baiturrahman tegak berdiri, Walau dilanda ombak Tsunami. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Ada kolah pada masjid, Tempat budak sembahyang raya; Tengah malam bintang terbit, Bulan juga membawa cahaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi kerja berulang-alik, Singgah di masjid lalu sembahyang; Yang bulat datang menggolek, Yang pipih datang melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Betung mana akan terbuang, Betung condong ke masjid; Jong mana tuan menumpang, Jong tuan Baginda Katib. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau sekali pergi ke surau, Dua kali pergi ke masjid; Kalau sekali menjadi gurau, Dua kali menjadi penyakit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |