Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mat] | مت

Definisi : ; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat] | مت

Definisi : kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm permainan catur); mengemat mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak lagi (dlm permainan catur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat] | مت

Definisi : (dlm permainan catur) kata yg menyatakan bahawa raja mati atau tidak dpt bergerak lagi. mengemat mengepung raja sehingga tidak dpt bergerak lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mat

Puisi
 

Cik Mat anak Palembang,
     Buat ladang tanam padi;
Kalau dah tahu rimau garang,
     Baik duduk tempat yang tinggi.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Encik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayuKurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Encik Mat jalan berlenggang, Satu dua ranting tak patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Cik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Cik Mat anak seorang, Pandai menarik kaki dulang; Lautan besar saya harung, Ini pula kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengail di Alor Mat Pulih, Habis raga dimakan api; Sana duk harap sini tak boleh, Buang tangga berayun kaki.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Encik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas