Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Api-api dusun, tembaga dusun, Anak Keling kaca, bergelang kaca; Bukan mati racun, kerana racun, Mati terhelin mata, si ekor mata. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Bila mata sudah merah, Jangan Iagi dibawa mandi; Bila harta sudah melimpah, Jangan sekali lupa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila mata sudah mengantuk, Cepat masuk ke tempat tidur; Bila orang tua sudah mengutuk, Alamat teruk di liang kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya mata sudah mengantuk, Cepat-cepat memadamkan lilin; Andainya harta sudah memupuk, Ingat-ingat orang yang miskin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila mata sudah rabun, Dibawa lari masuk pelubang; Apabila bicara lidah beracun, Ke mana pergi dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |