Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Apa guna pasang pelita,
     Kalau tidak dengan sumbunya;
Apa guna berpandang mata,
     Hati tidak dengan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nafsu-nafsu,
     raja di mata sultan di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(22)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Putik pauh tangkainya mangga, Disambar buaya sambil berenang; Sudah jauh dipandang mata, Hati mana dapat tak senang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berpandang mata, Hati tidak dengan sungguhnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sehari bulan rajanya harimau, Harimau tidur di rimba jati; Semakin hati bertambah igau, Tuan seorang di mata hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila meniup abu di dapur, Hati-hati terkena mata; Apabila hidup tahu bersyukur, Berbagai rezeki hatinya rela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah nangka kulit berduri, Sudah masak rasanya manis; Patah cinta·sakitlah hati, Mata bengkak kerana menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dang ding dang cabai Melaka, Kulit kaki tumpang tenggiri; Sakit hati berpandang mata, Sekadar menyakit hati sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Taji ayam patah sebelah, lnduknya mati digigit musang; Hati geram mata pun merah, Menengok bini dicubit orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelak tertawa ganti-berganti, Sehari penuh tiada penat; Membuka mata menerangi hati, Menjadi suluh dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas