| Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jalan darat membawa pupuk, Terpijak telur kaki berkubang; Badan penat mata mengantuk, Hendak tidur laki meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Lemahlah kaki anak siamang, Luka parah ditusuk ranting; Lemahlah sendi menengok tunang, Mata merah misai melenting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Dang ding dang cabai Melaka, Kulit kaki tumpang tenggiri; Sakit hati berpandang mata, Sekadar menyakit hati sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Waktu menteri berkain sarung, Kaki terantuk ke tepi meja; Begitu isteri bermain serong, Laki terduduk berputih mata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |