Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta.ma.ta] | مات٢

Definisi : pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata2
Kata Terbitan : semata-mata, semata, mata-mata, memata-matai,

Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung perling mata merah, Mari hinggap pohon kekabu; Saya menjeling bukan marah, Hati di dalam bagai digaru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin perak di jari manis, Tiada contoh mata dua; Jangan teriak jangan menangis, Tiada jodoh kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana punai melayang, Dari sawah memotong padi; Bagaimana berkasih sayang, Dari mata sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam denak di tengah padang, Mari dipecat budak raja; Sungguh jinak mata memandang, Tak boleh ditangkap sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pasang pelita, Pasang tanglung baik lagi; Apa guna bermain mata, Ambil langsung baik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berjaga mata, Kalau tidak dengan sungguhnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas