Cik Ali memacu kuda, Jangan diregang tali ragam; Asal matahari matahari juga, Bulan terbit terangkan alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Matahari mancar di hulu, Mahabagi kambang balunka; Amun ading mati tadahulu, Hadangi aku di pintu syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu zuhur matahari berdiri, Tanamlah kapas di lamanlah raja; Jikalau mashyur hamba di sini, Janganlah lepas sebaranglah pada. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi lagi bulan purnama; Sungguh lama saya mencari, Barulah berjumpa sahabat menjelma. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bulan hulur matahari berdiri, Tanam kapas di laman raja; Sudah masyhur saya di sini, Saya tidak lepas sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi-tinggi si matahari, Sama bertimbang rumah ruang sa; Hilang laki boleh kucari, Hilang anak rosak binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |