Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Anak kuda mati direjam,
     Mati telentang tepi padang;
Memang ada senjata tajam,
     Saya tunggu apa yang datang.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati,
     anak buah bercerai-berai.

Bermaksud :

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Disimpan dalam raga meranti, Buat bekal mudik ke hulu; Dimaki orang sampai ke mati, Anak cucu menanggung malu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Batang meranti anak meranti, Batang sesah anak sesah; Tunggang mati tidakkan mati, Tunggang susah tidakkan susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang ikan mati membusuk, Mati dituba anak nelayan; Mengenang tuan hatiku remuk, Janji direka tuan abaikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123456789

Kembali ke atas