Bulan haji orang ke Makkah, Besar kecil tiada terbilang; Rasakan mati badan sebelah, Mendengar adik dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau begini rasa padiku, Mati pandan kerana bunga; Kalau begini rasa hatiku, Mati badan kerana nasibnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tak dapat rumput dihela, Eloklah pandan menjadi bengkuang; Kalau tak dapat menuntut bela, Eloklah badan mati terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih menjadi lumpur, Kerana hujan tiada berhenti; Habislah kasih hatiku hancur, Meranalah badan membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan ulat, Alamat ladang jadi belukar; Habislah kasih badan melarat, Hidup malang mati terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |