Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matilah

Puisi
 

Anak perawan manis dan cantik,
     Kena pula merah bibirnya;
Matilah kuman kena belantik,
     Sekalian alam limpah darahnya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Baru hendak bertunas sudah dipetik,
     lama-lama matilah pokok.

Bermaksud :

Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Mati sumbu matilah lampu, Tiap malam duduk bergelap; Laki bisu bini pun bisu, Mulut diam tangan merayap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak mati matilah ikan, Jala tetap direntang lagi; Hendak benci bencilah tuan, Hamba tetap datang ke mari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak perawan manis dan cantik, Kena pula merah bibirnya; Matilah kuman kena belantik, Sekalian alam limpah darahnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau menutup tidak rapat, Nasi bekal tentulah basi; Kalau hidup tak beradat, Matilah akal buntulah hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin menekat kainnya cantik, Sudah sepadan untuk selendang; Makin kulihat semakin asyik, Matilah badan mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak kolek sudah berlabuh, Sepilah orang pergi belayar; Sejak adik pergi menjauh, Matilah abang menunggu khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika tiada orang berladang, Carilah rimba tempat berburu; Jika tiada abang meminang, Matilah hamba menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat kolek pergi berkayuh, Air pasang berhenti dulu; Mengingat adiklah pergi jauh, Matilah abang menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas