Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata me ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ke gunung emas pasir baiduri,
     ke padang zamrud habis diedari;
terbang bangau sepanjang hari,
     ke tasik juga akhirnya dicari.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(314)

238

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(70)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Nyiur manis condong ke Keling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk mengoleng, Sudah mengoleng ketawa pula.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pergi ke pekan ke Pulau Datu, Cincin permata jatuh ke ruang; Adik berpesan di muka pintu, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sayang ke darat menahan pukat, Sayang ke padang ke Sungai Merah; Seperti kertas dengan dakwat, Sama menghancur sama mengalah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri.Pantun Melayu SarawakBergendang
Itin angsa sama sejalan, Berenang pula ke sana ke mari; Adik umpama permata intan, Hilang ke mana kan hamba cari. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Saya ke darat ke rumah Zaharah, Mari mengambil buah keranji; Biar kumati bertumpah darah, Namun menyerah tidak sekali.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Naik ke darat ke Paya Padang, Bunga kenidai bunga kenanga; Jong sarat sudahlah pulang, Teluk Berantai ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345678910...

Kembali ke atas