Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.gah] | مݢه

Definisi : 1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.gah] | مݢه

Definisi : 1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Bermaksud :

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak merbah di paya Tuk Barat, Pakai kain dua seragi; Hang tak megah aku tak minat, Orang lain ramai lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas