Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengem­bangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mekar (kata kerja)
Bersinonim dengan kembang, mengekar, membengkar, terbuka, melar;,

Puisi
 

Sungai Singapura tanah malia,
     Daun mekar dilayang angin;
Pura-pura melihat saya,
     Ekor mata pandai bermain.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Selasih mekar terang bulan, Umpan dipasang tertangkap ketam; Berkasih sayang biar berpadan, umpama api dalam sekam.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga kan jadi mekar, Kalaulah kumbang sudah menyeri; Bagaimana hamba memberi khabar, Kalaulah abang sudah beristeri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas