Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ka] | ملاک

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : nama sj pokok, Emblica officinalis. buah ~ a. buah dr pokok melaka. b. kuih bulat-bulat yg dibuat drpd tepung pulut dan diberi berinti serta digaul dgn kelapa parut; onde-onde. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaka

Puisi
 

Dari Melaka pergi ke Pahang,
     Singgah ke Johor beli berangan;
Saya mengucap selamat datang,
     Jikalau salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Dari Melaka ke Singapura, Kelip-kelip api di kota; Jangan suka menanam bisa, Kerap-kerap rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah ke Johor beli berangan; Saya mengucap selamat datang, Jikalau salah dikeji jangan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123456

Kembali ke atas