Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1. merempuh, melanda, me­lanyak: seorang kanak-kanak telah mati dilanggar kereta api; 2. mendatangi (utk menguasai, memusnahkan, dsb), melanda, menyerang: bukannya musuh akan ~ me­lainkan adapun sebab beta memanggil orang besar-besar kerana putera beta ini hendak pergi berburu; Melaka pd masa itu sudah dikalahkan oleh Peringgi yg juga sering ~ Johor, negeri pelarian raja-raja Melaka; 3. tidak patuh pd (undang-undang dll), menyalahi, melawan, menentang: orang yg ~ undang-undang boleh didakwa di mahkamah; lalu lintas tidak mengikut undang-undang, malah lampu merah pun dilanggar; ~ sumpah tidak menepati sumpah atau melakukan sumpah bohong; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gar] | ملڠݢر

Definisi : 1 merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2 menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3 menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Teranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ombak Tsunami melanggar Kedah, Ayam itik lari ke hutan; Ranap rumah ranap sekolah, Musnah segala sumber kehidupan.Pantun Melayu SarawakAgama
Cina Bau Kuching, melanggar Kuching, Kuching lari Seberang, Kampung Seberang; Janganlah tuan rungsing, berhati rungsing, Kita bergendang orang, menghibur orang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Helikopter Nuri jatuh terhempas, Jatuh melanggar Gunung Bukitan; Penyelamat terus menjalan tugas, Melepasi gunung hutan hujan.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Jahit baju dibuat kancing, Redup hari bagai nak hujan; Cina Bau melanggar Kuching, Rajah berlindung di Kampung Sinjan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Elok parang kerana berhulu, Hulu longgar cepatlah rosak; Elok orang kerana bermalu, Malu melanggar adat dan syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kencang-kencang angin di atas, Hendak putus tali kecapi; Jongnya perak layarnya kertas, Hendak melanggar lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak membelah rotan; Kalau tak cukup muatan di petak, Jangan suka melanggar lautan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas