Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melangkah,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Adik melangkah payah, Dari detik ke sedetik; Taat kepada ibu dan ayah, Adik cerdik rupa pun cantik.Pantun Melayu SarawakUmum
Dua kali melangkah batang, Jalan menurun menuju gubuk; Dua kali fitnah datang, Santan diminum jadi mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila kaki berat melangkah, Berjalan jauh tidakkan sampai; Apabila hati niat menyalah, Iman runtuh rosak perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Beratlah kaki akan melangkah, Kerana jalan terlalu jauh; Niat di hati akan menikah, Rupanya tuan sudah berjodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak melangkah, Tulang sendi terasa goyang; Bagaimana hamba hendak menikah, Abanglah menjadi laki orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana lagi hendak berburu, Kaki melangkah tak tahan lagi; Bagaimana kami hendak menunggu, Adiklah lama ingkari janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Mengapa jalan makin mendaki, Payahlah kaki untuk melangkah; Menapa bulan semakin tinggi, Patahlah hati pungguk di tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas