Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.pah] | ملاڤه

Definisi : 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang (kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah ~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah; hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb pembahagian yg sama banyak (yg adil); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.pah] | ملاڤه

Definisi : mengupas kulit dan memotong-motong binatang yg sudah disembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapah
Kata Terbitan : melapah,


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana kucing tidak meragai, Kera melapah babi menyerang; Bagaimana kencing tidak terburai, Mentua pemarah bini pemberang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas