Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Petang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar pucuk pauh; Petang-petang duduk melengung, Orang nak balik tempat jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Petang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa berdengung di dalam padi, Sarang penyengat di bawah rumah; Apa melengung dekat kami, Rasa berkenan pergi ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di dalam padi; Petang-petang duduk melengung, Berasa teringat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Sarang penyengat di daun padi; Petang-petang ambo melengung, Teringat pada adinda tadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak helang di atas gunung, Singgah semalam di Bukit Pinang; Tengah malam bangkit melengung, Bila tahun kita nak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |