Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : berbunyi spt bunyi duit syiling jatuh ke lantai, berdenting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.len.ting] | ملنتيڠ

Definisi : 1 melejang atau membingkas balik (bkn rotan dsb yg dibengkokkan dan kemudian dilepaskan); menganjal. 2 melompat atau bergerak dgn cepat dan pantas: Ahli sukan itu ~ ke atas melintasi palang yg tinggi. 3 bergelung spt daun kering (keropok digoreng dll). 4 ki marah; naik angin (apabila dikritik dsb): Dia mudah ~ apabila ditegur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lenting
Kata Terbitan : melenting,


Pantun

PantunSumberTema
Tambat perahu tepi surau, Hanyut sampai sungai Tualang; Ombak melenting tepi pulau, Arusnya deras bukan kepalang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Lemahlah kaki anak siamang, Luka parah ditusuk ranting; Lemahlah sendi menengok tunang, Mata merah misai melenting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas