| Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Sejak benalu melilit ranting, Bunga pun gugur jatuh berserak; Sejak kutahu adik berpaling, Hatiku hancur fikiran kemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sejak benalu melilit benang, Tiada lagi putat berbunga; Sejak kutahu aduk bertunang, Tiada lagi tempat bercanda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Dua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Panjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Bukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |