Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur di atas peti, Mari dibungkus dengan kertas; Dalam telur boleh dinanti, Konon pula sudah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok sungguh memetik melur, Buat pemanis sanggul puteri; Elok sungguh adik menegur, Cantik manis bagaikan dewi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah elok si bunga melur, Baunya harum menyejukkan hati; Memanglah elok bersaudara akur, Semakan seminum sehidup semati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |