Hendak memagar memagar bangat, Tumpang padi jerami tinggi; Hendak berkhabar khabarlah bangat, Tumpang kami ada di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sejak orang memagar rumah, Tenanglah ayam tidur di reban; Sejak kupandang mawar merah, Siang malam tak tentu makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang berumput yang memagar, Yang bertanam yang menebangnya; Yang menjemput yang menghantar, Yang meminjam yang memulangkannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tengah hari pergi ke ladang, Memagar padi sedang menguning; Hamba ke mari berhati bimbang, Mendengar adik sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang rhu dibuat pagar, Hendak memagar Kuala Kelang; Tujuh guru saya belajar, Hendak menjinak burung terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |